Total Pageviews

Monday, 28 May 2012

FINAL E.X.A.M DAH DEKAT!!!!!!!!!!!!!

Assalamulaikum???
Pada post kali ini saya nak cerita tentang peperiksaan akhir saya yang bakal tiba nanti. Lagi berapa hari jew. Takut juga.Saya mesti lulus peperiksaan kali ini.Inshaallah.Ada juga mata pelajaran yang saya tidak siap sedia lagi. Sekejap jew masa berjalan. Oleh itu, saya tidak akan membazirkan masa untuk mengulang kaji. Tapi tak nak lah terlampau tertekan untuk mengulang kaji kan????Nanti sakit lak.Saya nak kongsi juga tip-tip untuk menghadapi peperiksaan:
  1. Nota ringkas-Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu lapang.
  2. Banyak buat latihan-Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
  3. Kawal Emosi-Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.








"Study smart don't study hard"



4.Cukupkan masa tidur anda dan jangan terlebih tidur pula.:)-Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

5. Berdoa & Tawakal-Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper \banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, mohon lah keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.


Alahai buku sekarang engkau menja sahabat rapatku. :)

Masa itu penting. Good luck INA UNTUK FINAL EXAM.
                         
Antara mata pelajaran nak kena ulang kaji statistik,aplikasi komputer,makroekonomi,pengatar pemasaran dan kelakuan organisasi.Banyak kan???Sebab saya lemah dalam statistik dan makkroekonomi saya mesti memberi tumpuan yang pada subjek ini.Ini adalah salah satu tip. Kita mestilah memberi lebih tumpuan pada subjek yang kita kurang mahir.Tapi jangan tak ulang kaji subjek yang kita mahir yerk??? :)Saya berharap saya dapat membuat yang terbaik untuk FINAL exam nanti. Caiyoooooooo. (^o^).

No comments:

Post a Comment